Pages

Tuesday, 26 August 2014

Panau Kulit

Panau kulit yang kat muka ni sama macam panau yang ada kat badan. Malang sungguh saya ni ada panau. He3... Cuma yang membuatkan saya rasa bertuah, panau yang ada di muka saya ni, dia hanya kelihatan lebih putih dan tidak kelihatan seperti penyakit. Ada orang lain, panau yang ada pada wajah mereka akan menimbukan rasa gatal-gatal jika mereka tersalah makan makanan. Pendek kata, salah makan boleh menyebabkan alergi.

Saya memang pernah mengalami masalah ini ketika di sekolah menengah dahulu. Ubatnya hanya lengkuas. Hiris je lengkuas tu, kemudian tonyoh-tonyoh je kat kawasan yang berpanau.

Saya tak pasti sama ada panau ni boleh berjangkit ke tak. Cubalah korang cari info yang tepat mengenainya dalam laman web yang dipercayai. Bapa saya punya panau di badannya. Kalau berjangkit pasti mak kena juga, kan? Tapi mak tak kena.

Panau yang ada kat muka saya ni. Saya baru perasan minggu lalu. Oleh sebab saya ni bukannya sensitif mavam orang lain yang nak segera nak pulih (sebab takut hodoh), sampai sekarang saya tak lagi korek lengkuas kat laman rumah tu untuk sembuhkan kulit muka saya. Rileks le... He3...

Monday, 2 June 2014

Omega plus and quaker oats

This is my new favourite breakfast and dinner. Mula-mula makan memang rasa hmmm... pelik. Maklumlah, makanan untuk sihat ni tak sedap. First makan campur oat dengan susu manis yooo. Ha3. Then terfikir. Nak jantung sihat tapi tambah benda yang tak sihat. Keesok harinya, just bubuh dua sudu susu omega dan satu sudu oat. Memang pelik. Tak biasa kan makan tak manis. Masuk hari ketiga, seriously, I love it.

Kenapa aku nak sihat? Sebab aki dah merasa sesuatu yang sakit dekat sini (♥). Bila aku meniarap, dada aku rasa sakit. Beberapa harilah aku rasa. Sampai aku google apa itu sakit jantung. Well, bagi aku its heart problem. Rasa cepat mengah and jantung moving fast bila kita buat kerja berat. Imagine, just naik beberapa anak tangga saja aku boleh rasa penat dan jantung berdegup kencang macam tengah berlari 100m.

Bila aku mulai makanan sihat ni, alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT sakit dada dah kurang. Rasa cepat penatpun dah berkurang. Syukur

Ketika berpuasa atau tidak, aku make sure aku minum a cup of red guara coffee and a cup of omega with oats. Segar dan sihat rasanya

Jom, hidup lebih sihat dengan Omega dan Oats

Wednesday, 22 January 2014

Teruk

Teruk sangat sampai aku terfikir nak buang rahim. Aku tak dapat nak survive apabila menghadapi masalah ini. Aku balik-balik menyusahkan suamiku. Kesian abang, hampir 7 tahun hidup bersama, aku belum dapat memberikan dia zuriat.

Kecewa dengan layanan yang diberi oleh Hospital Kerajaan dan dengan hasil ujian. Aku tak faham kenapa aku ditengking hanya kerana pergi ke kecemasan? Kan itu Hospital Wanita dan Kanak-kanak lagipun dekat dengan tempat kerja. Masalah aku adalah berkaitan dengan wanita! Dan sekiranya aku salahpun, tak perlulah tengking. Aku bukan pekak. Bengang aku dengan doktor wanita tu. Aku tak ada mood nak melawan sebab kepala pening dah tu darah mengalir cukup deras.

Sebelum ke hospital dalam jam 1.30pm aku dah tukar pad. Dalam jam 2.40pm, aku tukar lagi sekali. Jam 4pm, aku tukar lagi sekali. Masa kat office dah tukar 3 kali juga. Teringat jawapan aku kat doktor tu yang aku tukar pad 10 kali sehari. Nak jer aku tengokkan jenis pad yang aku pakai

I am so curious kenapa pendarahan berlaku? Aku tidak diterangkan. Hanya diberitahu, masalah hormon. Aku tambah air dan direhatkan dalam 2 jam untuk menaikkan tekanan darah. Dan bacaan hemoglobin aku 8.9.

Aku rasa aku hebat jg. Kehilangan darah yang banyak semenjak 18hb, tetapi bacaan hb masih okay. Aku dapat ubat untuk menghentikan darah, iron, acid folic dan b complex. Seriously, nasib aku dapat doktor yang baik selepas berehat 2 jam tu. Gred jawatan U44. Lupalah nama dia apa. Kalau doktor tu, memang baik sebab aku dah tiga kali datang kecemasan, dapat layanan baik dari dia.

Dan 22hb aku dapat cuti. Berehat di rumah tetapi keadaanku sangat teruk. Aku tak boleh banyak bergerak. Jika aku baring dan kemudian berdiri hendak ke dapur, baru dua langkah aku sudah pening dan rasa hendak pitam. Aku terpaksa duduk. Paling teruk apabila selepas naik 10 anak tangga. Sampai ruang tamu, jantung aku berdegup deras dan otak bagai tak ada aliran darah dan oksigen. Teruk! Inilah pertama kali aku merasai apa itu pening yang sebenarnya.

Aku tak tahu apa nasib aku hari ini. Aku mampu ke tak nak kerja pagi nanti

Monday, 20 January 2014

Haid

Seriously, haid aku sangat teruk hari ni. Pad overnight dah tak boleh menampung aliran darahku. Dua tahun tak pernah kena macam ni, sekali kena ambik kauuuuu!

Bayangkan tadi, aku mandi jam 6 dan selama 2 jam 40 minit aku dah tukar pad overnight tu tiga kali. Malah abang sampai terpaksa jadi tukang mop lantai akibat darah yang menitis. Tak pening? Pening lau kepala aku ni sampai terpaksa telan panadol. Hah, setengah jam lepas makan panadol tu lah tetiba darah mengalir macam air terjun.

Hubby terpaksalah berkejar ke Giant beli pad. Overnight dah tak boleh harap. Hanya Sofy panjang 42cm boleh membantu selain maternity pad.

Tidur malam ni terpaksa beralaskan plastik.

Birthday 33 yang kurang menyeronokkan! Hu3

Thursday, 16 January 2014

Tak tahulah

What do you feel when you already clean for whole day from hadas but half an hour after solat Isyak keluar darah seketul? Hambik kau...

Seriously, I am tired.

I miss my husband too much (just for yang dah kahwin). Oh... aku kena mandi hadas lagi.

Tak terjangkau betul masalah haid aku sekarang. Before kahwin, every month datang bulan. Awal-awal kahwin, hormon dah terganggu. Dua bulan sekali datang. Siapa tak expect kan?  Menginjak tahun kedua selepas rawatan kat Hospital Likas, datang tiap-tiap bulan tetapi tempoh agak lama sehingga 40 hari. Macam orang beranak pula. Sudah tu, aliran sangat deras. Masuk tahun keempat, haid normal semula selepas buat rawatan secara Islam. Namun begitu, ianya terganggu semula selepas setahun. Dah kembali pula dua bulan sekali.

Bulan November lalu, selepas aku memakan GLA dari Shaklee untuk membantu menstabilkan hormon, aku kedatangan haid setelah kali terakhir datang pada awal September. Hujung bulan Disember, datang haid semula tetapi sedikit-sedikit dan kadang-kadang ianya cair. Sehingga aku menganggap darah aku, kalau warna merah aku tak suci. Kalau darah cokelat aku boleh sembahyang. Sampai macam tu. Sebab aku tak tahu dah mana satu darah haid mana satu darah bukan haid. Aku hanya mampu tawakal. Kalau aku bersolat masa aku tak suci, tawakal sajalah.

Dari sebelum Krismas, dua hari datang haid, satu hari bersih begitulah sehingga  Isnin lalu. Rasa dah bersih tu hari Isnin. Maka aku makanlah ubat tradisional untuk mengurangkan berat badan. Siang tu solat. Namun, masalah mula datang ketika Maghrib. I can feel something yang buat tak selesa masa duduk dalam kereta. Bila sampai rumah, yes aku datang haid lagi. Dan malamnya, ia sangat lebat! Tiga kali kot tukar pad overnight. Esoknya, berterusanlah sehingga lusanya (kelmarin).

I am happy apabila malam semalam pad aku cukup bersih dan menandakan aku dah boleh mandi hadas besar. Maka bolehlah menghadap Maha Pencipta. Hmmmm tak sangka pula tadi, tengah santai-santai tengok movie, Water World 'dia datang' pula.

Tampal Librese lagilah malam ni.

Good night

P/S organ dalaman ni ni rasanya dah penat dengan usaha aku nak menstabilkan hormon ni. Dah macam-macam dah dimakan. Entah sihat ke tidak hormon dalaman aku ni. Penat dah makan macam-macam, usaha macam-macam. Rasa nak stop jer. Psttt gambar tak ada kena mengenapun

Wednesday, 8 January 2014

Nak gigi putih

I am trying this product begin today. Hopefully betullah kan, after a week gigi putih. Gigi saya ni taklah kuning sangat. Dan mengharaplah sangat agar product ni sesuai gak nak memutihkan gigi palsu. Hahahahahaha, boleh, ke?

Saturday, 7 December 2013

Hmmm bila nak turun ni

Mak aiiii, berat badan naik lagi. Just imagine, saya dah kurangkan makan nasi dalam seminggu tu just makan 3 kali saja, pun berat badan tak kurang-kurang. Statik sejak bulan lalu. Senaman ada buat, bukan tak ada. Adoiiiiii....

Khamis lalu saya timbang berat badan 121kg kau.... Statik dari bulan lalu. Sebelum accident hari tu, berat dah turun kepada 114kg tetapi naik semula 7kg ketika saya accident. Means 121kg. Bila dah sembuh tu dalam awal bulan 10, saya dah mulakan senaman tapi tak timbang berat badan. Saya hanya timbang berat bulan lalu. Tu lah still 121kg. Sekarangpun masih juga. Ai naaaaapelik betul aku tau. Betul-betullah yoyo berat badan aku ni.... hmmm

Sakit hatiii

P/s gambar berzumba. Sedih, bersenam-senampun tak ada apa-apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...