Pages

Saturday, 9 June 2012

Buang Tahi Lalat

Aku mula memproses untuk menghilangkan tahi lalat ni ketika cuti di kampung. 1 Jun merupakan detiknya. Aku beranikan diri membancuh kapur dan serbuk sabun cuci kain dengan air. Pekatlah juga campuran tu. Lepas tu, aku lukakan sedikit tahi lalat yang menepek kat peha kiri aku. Memang besarlah tahi lalat tu lebih kurang 1cm.

Ya ALLAH, punyalah pedih nauzubillah. Aku tahan saja kepedihan tu demi hajat nak membuang tahi lalat tu. Selain kat peha, aku buang juga tahi lalat kecil yang menepek kat batang hidung aku.

Siapa yang berani, cubalah. Kalau takut sakit, jangan cuba-cuba untuk mencuba.

Hangus. Kulit akan jadi hangus macam ada plastik yang dibakar lepas tu jatuh kat kulit. Macam itulah pedihnya. Selama dua hari aku akan tampal dengan"bedak".

Jika mengikut kepada petua yang diberikan, biarkan ia jatuh sendiri. Tapi aku rasa macam tahi lalat aku tu tak hendak nak jatuh. So, pada 9 Jun aku buat operasi menanggalkan tahi lalat yang kat peha tu. Opss lupa beritahu. Tahi lalat kat hidung tu, sekejap saja hilang. Tak tanggal sendiri. Aku kopek kulit hangus aku yang kering tu. Kopek punya kopek, tahi lalt tupun ikut terkopek. Kemudian aku gunalah bio oil untuk menyembuhkan semula kulit aku.

Operasi aku memang lama. Dari pagi sampai tengah hari asyik duk mengorek. Alat-alat aku hanya gunting dan pencungkil gigil. Paling aku rasa debar nak membuka tu bila part tengah-tengah. Maklumlah, kat situlah 'nyawa' tahi lalat tu. Tawakal jak. Perlahan-lahan aku buat dan akhirnya, aku berjaya juga. Alhamdulilllah.

Gambar kat bawah ni, adalah hasilnya...


39 comments:

  1. ni ngah tunggu tahi lalat gugur nie adoyaiii malunyee....ade 4 tahi lalat kat muka .. da mcm kena chiken pox da... owg smua tnya nape gn muka aq.. ahahahha lantak la.. aq jenis selamba jew.. tpi aq pn bodoh ahaha masa buat tu x pikir panjang.. dahla kat muka aq men buat je 4 tahi lalat uh guna kapur gn sabun da mcm ape jadi muka aq .. ngah tunggu kering n tanggal ni da masuk 4 hari da x tgal2.. nie ko bila tanggalnye>?aishh mngu depan bufdaya q.. nie spoil la law x tgal2 g hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tanggal? Tanggalkan sendiri pasal tak tahan siot... He3.. Yang ni tahi lalat ke peha. Yang kat muka tu gara2 menggaru je dah tertanggal. Sekali dahtanggal tu, punya happy gila. Eh, jangan lupa pakai bio oil tau. Macam kat muka saya tu, lepas jer tertanggal saya terus bubuh bio oil. Seminggu dah hilang bekas

      Delete
  2. dah 2 ari bertrut i wat xperimen tuh...alhamdulillah hat pling bsar dah tggal. itupn ia xnk jatuh, i toreh skit ngan pisau. yg ke2 besar, try toreh jgk, tp brdarah n stop trus. tahi lalat or kutil i ni kt leher. kt muka ada 3 biji yg kcik je. 1st trial, trcomot skit time tepek bhan tu, lastly, kulit yg mlecur. huhu. tahan aje le sbb gram dia dok trjuntai. anyway tq 4 the idea. esok akan trus brusaha utk jatuhkan anak2 dia :-D

    ReplyDelete
  3. kawan saye tengah buat nie..tapi die membengkak..pastu jadi macam tenggelan tahi lalat tu ..macam duit 5sen,die risau camner tu ea..cara digunakan sama macam awak dah 3 ary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahi lalat tu memang kempis (tenggelam)dan tepi2 tahi lalat yang dah dihanguskan tu kemerah-merahan dan nampak macam bernanah. Just tunggu kering jer. Kalau berani (malas nak tunggu lama), kopek sendirilah. Saya beranikan diri untuk melakukan aktiviti korek mengorek. Dah korek tu, memang nampak isi yang pink-pink tu. Saya tak tutup dengan handy plast. Kalau tutup takut tak kering pula. You know, setiap kali kering, saya akan kopek kulit yang kering tu sampai dah tak boleh kopek

      Delete
  4. sakit tu tahap mana??takut lak nk mencuba...ada x smpai nk mgelepar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakitlah... Kalau tak berani jangan buat. Gi jer jumpa doctor...

      Delete
  5. dah buat, awalnya tahi lalat ni 1cm je, tp dia mengembang jadi 5cm n kering hangus terbakar hitam pastu tenggelam ke dalam, ni dah masuk 8 hari tapi takde tanda2 nk tertanggal, try nk kopek tp still kuat melekat kt kulit lagi.. risau tak tertanggal je.. dh stop letak sabun+kapur sireh tu sbb dia dah kering, tp peliknya kenapa dia taknak tertanggal..melekat kuat pada kulit lagi ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tapi saya taklah sampai 5cm. Besar benar tu. Akarnya still kuatlah tu Mohd Fadzil. Just tunggu kering. Macam saya citer kat atas, saya buat 1 Jun dan saya kopek 9 jun. Kalau boleh nak dia tertanggal sendiri (tapi tak tahu berapa lama) tapi oleh sebab saya ni gatal tangan, saya beranikan diri kopeklah. masa kopek tu, memang ada rasa kat tengah2 susah nak tanggal. Untuk pengetahuan u, saya buat untuk menanggalkannya hampir 4jam! Saya buat perlahan2 sebab memang sakit yang amatttttttt sangat. I just think, sakit kat tempat tu jer, kat badan lain tak sakit.

      Macam saya ni, sekarang tahi lalat tu masih ada. Cuma ianya sudah mengecil menjadi lebih kurang 1mm. Bekas 'hangus masih 3cm. Sebelum ni warna dark chocolate sekarang dah makin pudar (sebab kurang rajin simpan bio oil, lambat betul nak menjadi putih - kan kulit peha putih)

      Delete
    2. ok2 thanks ye, start 12 dec i letak semula sbb rasa akar dia belum mati, jadi i letak smula, terpaksa tahan sakit lagi asalkan benda ni betul2 tercabut, bengkak muka tahan sakit nasib baik la takde apa2 komitmen lain perlu buat duduk rumah je..

      Delete
    3. InsyaALLAH... nanti saya akan upload gambar ya da ok. Skg ni still tak cantik... he3

      Delete
    4. sy buat memang tak menjadi :( tahi lalat sy dh jadi sebesar duit 5 sen dan leper kedalam , keras wrna hitam nk kopek mmg tak boleh sedangkan dh nak masuk 3 mnggu, skrg ni sy dh buat appointment ngan klinik, 26 dec ni baru doc tu cek, kalau boleh buang dia akan buangkan guna laser..sy tak menyesal ikut petua ni sbb sy mmg nak sgt buang tahi lalat yg ada kt muka , lepas cuba sy tau ianya tak menjadi kt sy, sekurang2nya sy mencuba walaupun hasilnya jauh lagi teruk dari apa yg saya inginkan, nasihat kt kawan2 yg nak try tu, lebih baik terus pergi jumpa doc kecantikan, rawatan tak mahal, dari rm75-350 bergantung kepada saiz n bilangan tahi lalat tu, jgn menyesal mcm saya..skrg lagi malu nak keluar rumah...

      Delete
    5. kesiannya awak bila tak jadi. Mungkin akar tahi lalat tu kuat sangat.. Mudah-mudahan awak sukses. :-)

      Delete
    6. doctor cant do much sbb tahi lalat ni dah mati n yg tinggal cuma kulit mati yg dh kering hitam, doc cuma bagi ubt sapu utk timbulkan balik parut berlubang yg besar tu n dia ckp nti yg hitam tu akan tertanggal sndri, lgi 2 minggu kena pergi klinik smula :(

      Delete
    7. Gitu pulak! Mkasudnya kena tunggu menunggu lah ni. Hope u will good soon

      Delete
  6. Kawan-kawan yang dihormati, kalau tak berani buat, please jangan buat. Ini hanya pengalaman saya dan saya dapat petua ni dari blogger lain yang mengatakan campuran kapur, serbuk sabun cuci kain dan air adalah yang digunakan oleh pusat-pusat kecantikan yang membuang tahi lalat. Kalau tak berani dan tak mahu ambil risiko kesakitan dan parut, just gi lah jumpa doktor atau MA. Mintalah buat pembedahan kecil untuk buang tahi lalat tu. Saya ni ada pengalaman jari bernanah dan dibedah "hidup-hidup" oleh MA. Meraung habis. Oleh kerana tak mahu menangis depan orang yang tidak dikenali, so, saya buatlah macam ni.
    Please, if you not dare, don't ever try OK!

    ReplyDelete
  7. Adakah ia sakit sangat sangat ? Berapa lama untuk tahi lalat tu cabut sendiri ? berapa lama parut tu hilang ? Agak agak berkesan tak untuk saya membuatnya ? Maafkan saya jika banyak tanya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. - ya, sangat sakit tapi tak membawa maut. mengalir juga kot airmata
      - saya tak pasti sebab yang ahi lalat kat peha saya kopek sendiri. Tahi lalat kat muka, masa kering tu saya garu-garu sebab gatal then tertanggal macam tu ajer (akar tahi lalat ni tak kuat berbanding yang kat peha)
      - berapa lama parut hilang bergantung kepada inisiatif awak snd. kalau rajin bubuh bio-oil, insyaALLAH, akan cepat kembali kepada warna adal. Taklah secepat dua tinga minggu. Makan bulan juga
      - depends on you. Kalau tak berani, just pegi jumpa doctor minta buang tahi lalat tu. Cuma saya tak tahu macam mana prosedur mereka
      - Its ok. Just nasihat saya, jangan buat kalau tak berani

      Delete
  8. if tahi lalat tu hitam hangus pastu berlubang , biarkan ja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya. Sebab luka tu akan kering dan kulit akan berusaha membina sel baru. Kalau awak bubuh handyplast bekas tu lambat kering.

      Delete
  9. Hye... Nak tanye sikit. Kalau buat kat muke bnyak bnyak boleh ke? Sebab saye ade 5 macam tu laa tahi lalat. Tapi semua kecik-2. Lmbat tak effect dye? Parut lame tak? Sorry bnyak tanya..

    ReplyDelete
  10. kalau kat muka tu, better awak jumpa doctorlah. Sebab parut dia memang lama sket nak dapat warna kulit semula

    ReplyDelete
  11. kalau tahi lalat kat leher , bleh gune x kaedah ni?

    ReplyDelete
  12. Maaf lambat reply. Boleh juga. Tapi kalau tak berani jangan buat ye. Sebab sangat sakit tapi tak membawa mautlah :-)

    ReplyDelete
  13. saya dah try , tapi berkesan bahagia atas jer

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulillah. Bila dah bekas tu tanggal, bubuh bio-oil ya

    ReplyDelete
  15. lepas gune ur dy mmg membesar ker??? besr thi lalt sye dalam 0.5cm takut lar orang ketawakan

    ReplyDelete
  16. Kalau kat muka , nak d lukakan jugak ye ?

    ReplyDelete
  17. Ya ALLAH, maaf lambat reply

    Mieyz stella, usually memang membesar. Dinadihatkan, kalau tak berani dan takut diketawakan, jangan buat. Benda ni hanya untuk yang berani saja

    Atika johari, rasanya masa saya buat kat batang hidung saya, saya tak lukakan sebab dia kecil dan sedikit timbul. Seriously, muka saya sedikit cacat selepas melakukan perkara ni. Bahan campuan ni telah menghanguskan kulit saya. Walau bagaimanapun, selepas dah tanggal, saya terus bubuh bio oil. Alhamdulilkah, kesan hangus tu dah menghilang sedikit demi sedikit

    ReplyDelete
  18. yg aku punye da cabut,tpi tahi lalat nih tumbuh balik.asl eh?

    ReplyDelete
  19. nice one ^ ^ sy tak berani buat sendiri.takut melarat pula bekas tahi lalat tu.kalo buat dekat klinik cmna eh?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ,nak tanya ,kesan hitam tu macam mana nak hilangkan ey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunalah bio oil. Bagus menghilangkan bekas dan parut kulit

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Assalam...saya da cuba buat..arini hari ke 7...tahi lalat saya yg tepi2 tu da kering tp x tertanggal...so saya kopek pelahan2...masalahnya,yg tgh2 ni mcm xnak tertanggal...melekat sgt...tahi lalat saya atas bibir sebesar biji cili..bila saya buat,tahi lalat saya jd sebesar cover siput sedut yg transperant tu..sy cuba kopek tp mmg xbole...apa yg patut sy buat.?letak lagi kapur atau tunggu dia kering lagi atau letak minyak gamat..suami pun asyik jeling2 je tgk tahi lalat sy...risau jugak klu dia bebunyi...tlg bg pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah2 tu memang ada liat sedikit. Hari tu saya sanggup "bedah sendiri". Kalau tak sanggup just biarkan sebab dia akan kering juga secara perlahan2. Untuk selamat, biarkan kering sehingga tertanggal sendiri.
      Jangan ikut macam saya. Saya memang berani nak buat pembedahan sendiri.

      Delete
  22. tahi lalat mati berkesan x lau bt...ade parut jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahi lalat mati tu saya tak pasti pula

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...